Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Apa azam saya dan apa azam anda semua di tahun baru ini? Rasanya masing-masing ada azam yang sama. Azam untuk buat duit dan dapatkan duit yang banyak. Jadi hari-hari bolehlah kira duit...

Apa-apa pun di dalam keadaan dunia sekarang ni duit itu penting. Ke mana kita nak pergi semuanya pakai duit. Sehinggakan nak masuk tandas pun kena pakai duit. Jadi kalau tak ada duit memang garu kepala dibuatnya...

Saya rasa bukan setakat garu kepala aje...nampaknya kena garu satu badan supaya keluar semua daki-daki dengan harapan menjadi duit....hahaha....!!

Tapi apa pun memang duit itu penting. Cara orang ada duit berjalan, bercakap dan apa saja yang dia buat memang berbeza dengan cara orang tak ada duit.

Bila dah tak ada duit, apa kita cakap orang tak akan dengar. Jauh sekali dari nak meminjam duit, lagi orang takut. Takut kita tak bayar sebab kita tak ada duit.

Jadi ke arah tahun 2009 ini sama-samalah kita menjana lebih duit dari Internet ni....

Tuesday, November 11, 2008

Duit dan Wanita

Duit dan wanita adalah merupakan dua perkara penting yang akan sentiasa diburu oleh mana-mana lelaki. Cuba cakap, lelaki mana yang tak mahu duit dan lelaki mana yang tak mahu wanita?

Kedua-dua ini akan sentiasa dan terus menerus menjadi buruan setiap manusia yang bergelar lelaki. Tanpa mengira sama ada dengan cara bersih atau cara kotor, duit dan wanita akan terus diburu.

Friday, November 7, 2008

Siapa Nak Duit?

Sapa nak Duit? Duit yang bagaimana menjadi pilihan anda?

Dua soalan cepumas yang akan menjadi perbincangan kita.

Sila beri pendapat anda!